I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM 'DRILLING' MATEMATIK DAN SAINS





           
        Pada 23 Ogos 2011(Selasa),satu program "DRILLING" untuk mata pelajaran Matematik dan Sains telah diadakan di Dewan SKBS.Bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.Ia merupakan salah satu gerak gempur untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Seramai 80 orang pelajar yang akan mengambil UPSR untuk tahun ini.

       Program ini dilaksanakan di bawah team  kecemerlangan UPSR. Seramai 21 orang pelajar  daripada Tingkatan 4 Sains,Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh ,Lekir datang membantu dan membimbing pelajar tahun 6 di samping guru-guru tahun 6.Program ini bertujuan membantu pelajar dalam teknik menjawab matematik dan Sains.

      Sebagai tanda ingatan para pelajar SMK Batu Sepuluh,Lekir diberikan sijil dan saguhati berupa duit raya  pada tiap seorang.Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail Bin Nayan.Terima kasih buat semua yang telah menjayakannya sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

   





No comments:

Post a Comment

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir