I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Sunday, October 3, 2010

KHIDMAT BANTU MAKMAL ICT SKBS






Khidmat Bantu Makmal ICT telah diadakan selama 2 hari bermula 29 September hingga 30 September 2010.Bertempat di makmal ict SKBS.Sekolah yang terlibat dalam memberi khidmat bantu ini adalah SK Sungai Tiram,SK Lekir,SMK Batu Sepuluh dan SMK Maahad.Beberapa penambahbaikan dilakukan terutama menwujudkan blog sekolah dapat dimurnikan lagi.Puan Farah Nizah selaku GPB mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala khidmat yang diberikan kepada semua GPB dan FT yang terlibat.Terima kasih semua.

Thursday, September 16, 2010

SAMBUTAN IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH 2010










Sambutan majlis ihya ramadhan telah diadakan pada 02 september 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431h(khamis).Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menjayakan program tersebut.Antaranya tulisan khat,mewarna,melukis poster,kuiz,hafazan,tazkirah,ramadhan FM dan sebagainya.Terima kasih buat semua warga SKBS kerana berjaya melaksanakan program sebegini dengan meriahnya.Selamat menyambut hari raya Aidilfitri,maaf zahir batin.

sambutan hari kemerdekaan kali ke 53








Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 peringkat sekolah di adakan pada 30 Ogos 2010(Isnin).
Bertemakan "1Malaysia,Menjana Transformasi".Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.Antaranya nyanyian lagu patriotik,sajak,kuiz,poster,mewarna,hiasan kelas,ciptaan kad ucapan tercantik,dan bermacam lagi.Ucapan terima kasih buat semua yang telah menjayakan program tersebut.Komitmen anda kejayaan kita bersama.Selamat Hari Merdeka.MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA.

Sunday, August 8, 2010

TAKLIMAT KAMPUS ASTRO





Alhamdulilah,taklimat Kampus Astro(KA) selamat dijalankan pada 5 Ogos 2010 (Khamis) pada jam 1.00 petang bertempat di bilik media Pusat Sumber Sekolah .Taklimat disampaikan oleh Puan Nooraida bt. hj. Hussin selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM).Diharapkan selepas ini penggunaan KA dapat dimanfaatkan oleh semua warga SKBS.Pendedahan cara penggunaan KA kepada semua guru dapat meningkatkan lagi pengajaran dan pemelajaran murid.Terima kasih di atas kerjasama semua warga SKBS.Pusat Sumber Sekolah Menjana Minda Kelas Pertama.

Sunday, July 25, 2010

PEMASANGAN KAMPUS ASTRO (KA) DI PSS




Pemasangan Kampus Astro bertempat di Pusat Sumber Sekolah pada 23 Julai 2010 (Jumaat).Jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Di harap dengan kemudahan yang disediakan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh warga SKBS.Bersamalah kita merealisasikan misi dan visi sekolah.Pusat Sumber Menjana Minda Kelas Pertama.

MAJLIS ANUGERAH NILAM 2010 PERINGKAT DAERAH MANJUNG





Majlis Anugerah Nilam 2010 Peringkat Daerah Manjung telah berlangsung pada 22 Julai 2010 (Khamis) bertempat di Teluk Batik Resort.Tahniah kepada para pemenangTahap Jauhari & Rakan Pembaca.En.Ismail B. Nayan selaku Guru Besar di SK Batu Sepuluh,Lekir sebagai wakil penerima anugerah NILAM bagi pihak sekolah.Seramai 683 penerima anugerah Tahap Jauhari dan seramai 114 orang pelajar menerima anugerah Rakan Pembaca.GPM mengucapkan tahniah pada 2 pelajar sekolah iaitu adik Impian Azwin bt. Abu Hassan Dan adik Siti Aisyah Bt. Meor Hanip,pelajar tahun 6 Harmoni.

Tuesday, July 20, 2010

PROGRAM ISRAK & MIKRAJ



Majlis Sambutan Israk & Mikraj berjaya dilaksanakan pada ISNIN 19 Julai 2010 bersamaan 7 Syaban 1431 H. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday, July 13, 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2010 buat semua pelajar Tahun 6.
Bermula 13 Julai hingga 16 Julai 2010 dengan jayanya.Kami seluruh warga SKBS mendoakan kejayaan menjadi milik kita bersama.Amin.

Saturday, July 10, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

10 JULAI 2010. Perlaksanaan Program Peningkatan UPSR SK Batu Sepuluh Lekir Sitiawan Perak. Bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

PROFIL GURU GPM


NAMA : NOORAIDA BT. HJ. HUSSIN
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS : SK BATU SEPULUH,LEKIR,SITIAWAN
MAJIKAN :GURU BESAR,SK. BATU SEPULUH
MOTTO : BEKERJA BIAR IKHLAS

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
PUSAT SUMBER SK BATU SEPULUH LEKIR

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir