I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Monday, February 20, 2012

MALAYSIA - JEPUN 2011

    Majlis Penyampaian hadiah pertandinganh/Pertukaran lukisan Pelajar-Pelajar Malaysia - Jepun. telah diadakan pada 18 Februari 2012(Sabtu).Bertempat di Dewan Bestari,Pejabat Pelajaran Daerah Manjung.
    Program"Friendly Relationship ThroughPictures Malaysia-Jepun" merupkan program pertandingan dan pertukaran lukisan antara pelajar-pelajar Malaysia dan Jepun yang telah dilaksanakan sejak 19 tahun yang lalu.Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua negara melalui lukisan.

    Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas buat murid yang terlibat. Antaranya adik Ain Mazlin bt. Shairani (4 Bestari),adik Muhammad Ikmal B. Kamarulzaman (4 Sarjana) dan adik Fazlin Nur Atiqah bt. Ismail (6 Sarjana) telah berjaya dan menerima hadiah dan saguhati atas penyertaan mereka.

Sunday, February 19, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H




     Pada tanggal 17 Februari 2012(Jumaat) bersamaan 24 Rabiul Awal 1433H telah berlangsungnya sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah .Bertempat di perkarangan sekolah dan Dewan SKBS.Bermula jam 7.40 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

     Majlis di mulai dengan perarakan pelajar bersama guru di hadapan pintu pagar sekolah,sambil berselawat beramai-ramai.Bacaan doa,ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah yang di sampaikan oleh al fadil ustaz Ismail b. Abdul Rahman.

     Aktiviti pertandingan sepanduk maulidul rasul,kuiz,mewarna murid tahap 1 dan tulisan khat murid tahap 2 berlangsung di dalam dewan dan kelas.Penyampaian hadiah bagi pemenang mengakhiri majlis.

     Terima kasih buat semua warga SKBS dalam menjayakan majlis ini.Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah s.w.t.

Wednesday, February 15, 2012

SEPAK TAKRAW PERSAHABATAN





 Pada 15 Februari 2012,jam 4.15 petang bertempat di gelanggang sepaktakraw SKBS berlangsungnya perlawanan persahabatan.Antara sekolah yang terlibat,Sekolah Kebangsaan batu Sepuluh Lekir selaku tuan rumah,SK Sungai Tiram dan SK Wan Mat Saman Pasir Panjang.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi sokongan padu dan semangat buat pasukan sekolah.Semoga bertambah maju sukan sepaktakraw kita.


PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir