I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Saturday, September 10, 2011

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA 2011





      Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011,berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni.Pada 09 September 2011 bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari,bertempat di kelas masing-masing

     Budaya bermaafan dan budaya saling kunjung mengunjungi dapat memupuk semangat kekitaan dan ukhuwah yang terjalin bertambah erat.

    Bagi pihak warga SKBS mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dan "MAAF ZAHIR BATIN" buat seluruh muslimin muslimat semua.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT





       Majlis Solat Hajat dan bacaan Yassin sempena peperiksaan UPSR 2011 telah selamat diadakan pada 08 September 2011 (Khamis).Bermula jam 7.00 petang sehingga 10.00 malam.Bertempat di masjid Al-Khairiyah Batu 10,Lekir.Majlis ini diadakan bersama para ibu bapa,guru-guru,pelajar-pelajar dan penduduk kampung Batu 10.

        Selesai menunaikan solat maghrib,diikuti dengan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Zamri bin Haji Hussin .Manakala bacaan Yassin pula diketuai oleh Tuan Haji Mustafa b. Mat Yit.Seramai 80 pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.Bermula 13 September hingga 15 September 2011.Makanan dan minuman diberikan kepada semua yang hadir pada malam tersebut.

       Seluruh warga SKBS mengucapkan selamat menjawab dan mendoakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan menjelang nanti

      "Ya Allah,Kuatkanlah minda,Tenangkanlah hati serta Kurniakanlah Kecemerlangan kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR ini"Amin.








PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir