I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Thursday, August 18, 2011

MAJLIS PELANCARAN IH'YA RAMADAN SKBS 2011







   Pada tanggal 28 Julai 2011 bersamaan 26 Syaaban 1432 hijrah telah diadakan majlis pelancaran ih'ya ramadan peringkat sekolah.Semua murid dan guru berhimpun di dataran Ilmu bermula jam 7.40 pagi sehingga 8.40 pagi.Majlis dirasmikan oleh tuan Guru Besar ,Encik Ismail b. Nayan.

   Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yassin oleh semua warga SKBS diketuai oleh al fadil ustaz Mohamad Zahari b. Hamza.Ucapan guru Besar seterusnya merasmikan majlis pelancaran serta diikuti tazkirah ringkas ramadan oleh al fadil ustaz   Ahmad Azrin B. Ghazali.

   Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ramadan berlangsung seperti mencipta kad hari raya,melukis dan mewarna ,kuiz,Mubarak FM waktu pagi, bacaan ayat-ayat suci al-quran,tulisan khat,dan sebagainya.

    Semoga kehadiran bulan ramadan ini dapat kita meningkatkan taqwa dan imam dengan menjalankan ibadah puasa dengan keikhlasan dan keinsafan.Selamat berpuasa buat semua warga SKBS.




No comments:

Post a Comment

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir