I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN





     
               Pada 25 Ogos 2011,satu lagi majlis telah sempurna dijalankan iaitu majlis penutup ih'ya ramadan.Bermula jam 7.40 murid sudah berkumpul di dalam dewan dan berakhir jam 11 pagi.Majlis Penutup dilaksanakan oleh Tuan guru Besar,Encik Ismail B. Nayan.

              Bacaan doa bagi memberkati majlis ini dibaca oleh Al Fadil ustaz Ahmad Azrin B. Ghazali.Majlis Khatam Al -Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Ismail Bin Abdul Rahman.Seramai 40 orang murid tahun 6 menjayakan majlis khatam ini.Penyampaian sumbangan berupa duit raya diberikan kepada murid yang yatimpiatu dan murid miskin.Terima kasih kepada orang perseorangan,,bank BSN,sumbangan dari menteri Besar Perak dan guru-guru SKBS.Manakala  semua murid menerima RM 2 sebagai duit raya daripada sumbangan PIBG sekolah.

           Penyampaian hadiah diberikan kepada semua pemenang pertandingan sempena ihya ramadan seperti pertandingan mewarna kalimah Tahun 1,pertandingan mewarna panorama Al Mubarak tahun 2 dan tahun 3, pertandingan tulisan jawi cantik dan khat tahun 4 dan 6, dan pertandingan mencipta kad aidilfitri tahun 5.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Tadarus Al-Quran,Mubarak FM dan bacaan surah-surah lazim dilakukan setiap hari di bulan ramadan.

           Terima kasih buat Panitia Pendidikan Islam dan seluruh warga sekolah kerana berjaya melaksanakan majlis ini dengan baik.


No comments:

Post a Comment

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir