I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Monday, August 22, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

PERASMIAN OLEH PN.HJH.RASIDAH BT.ABD.MOHID (PK1)




SUASANA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG



        Pada pagi  tanggal 22 Ogos 2011,satu lagi majlis pelancaran bulan kemerdekaan diadakan di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh ,Lekir.Majlis dirasmikan oleh Puan hajah Rasidah bt. Abdul Mohid selaku Penolong Kanan Pentadbiran.
         Pelbagai acara menanti warga sekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan. Antaranya melukis poster,mewarna,kuiz,pertandingan mengibar jalur gemilang antara kelas,deklamasi sajak ,nyanyian lagu patriotik dan sebagainya.
        Terima kasih buat semua warga SKBS.Tema hari kemerdekaan kali ke 54,"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera".Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat semua rakyat Malaysia.Kibarkan Jalur Gemilang.

Friday, August 19, 2011

PERCUBAAN UPSR 2011

adik Naili Arinah bt. Mohd Akhiar (5A)           adik Muhammmad Adib b. Mokhali (5A)       

 Nur Ayunni Sabarani,M.Izad Daniel,M.Khalid
                (3A2B)                                                               Siti Maisara,Nuraisyah Zakirah,
                                                                                              Nur Husna,M.Hazip(4A1B)




                                                                                   





      Pada tanggal 12 Ogos 2011,satu lagi program penyampaian cenderahati untuk pelajar yang berjaya dalam peperiksaan percubaan UPSR yang lalu.
   Seramai 80 orang calon telah mendudukinya dan seramai 2 orang berjaya mendapat 5A,4 orang berjaya mendapat 4A 1B dan 3 orang mendapat 3A 2B.Cenderahati ini sumbangan daripada Team Motivasi sekolah berupa kad ucapan Tahniah bagi yang berjaya mendapat 5A dan penanda buku untuk yang mendapat 4A1B dan 3A2B.
   AdikMuhammad Adib b. Mokhali dan Naili arinah bt. Mohd akhiar adalah pelajar yang berjaya mendapat 5A,Adik Siti Maisarah bt. Ma'arof,Nur Husna bt. Zamri,nuraisyah Zakirah bt. Razali dan Muhammad Hazip b. Ahmad fairuz mendapat 4A3B manakala Adik Nur Ayunni bt. Sabarani,Muhammad Izad Daniel b. Noor Shaharilnizam,dan Muhammad Khalid b.Nasrudin  mendapat 3A2b.
   Tahniah semua diucapkan,semoga UPSR yang akan bermula 13 September hingga  15 September 2011 akan mencatatkan kejayaan yang cemerlang buat semua pelajar tahun 6.Semoga usaha kita diberkati Allah s.w.t.

Thursday, August 18, 2011

MAJLIS PELANCARAN IH'YA RAMADAN SKBS 2011







   Pada tanggal 28 Julai 2011 bersamaan 26 Syaaban 1432 hijrah telah diadakan majlis pelancaran ih'ya ramadan peringkat sekolah.Semua murid dan guru berhimpun di dataran Ilmu bermula jam 7.40 pagi sehingga 8.40 pagi.Majlis dirasmikan oleh tuan Guru Besar ,Encik Ismail b. Nayan.

   Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yassin oleh semua warga SKBS diketuai oleh al fadil ustaz Mohamad Zahari b. Hamza.Ucapan guru Besar seterusnya merasmikan majlis pelancaran serta diikuti tazkirah ringkas ramadan oleh al fadil ustaz   Ahmad Azrin B. Ghazali.

   Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ramadan berlangsung seperti mencipta kad hari raya,melukis dan mewarna ,kuiz,Mubarak FM waktu pagi, bacaan ayat-ayat suci al-quran,tulisan khat,dan sebagainya.

    Semoga kehadiran bulan ramadan ini dapat kita meningkatkan taqwa dan imam dengan menjalankan ibadah puasa dengan keikhlasan dan keinsafan.Selamat berpuasa buat semua warga SKBS.




Sunday, April 24, 2011

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2011


pada tanggal 14 Februari 2011 telah diadakan Pelancaran Nilam peringkat sekolah.Pelancaran berlangsung di Dataran Ilmu dengan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran .aiaitu Puan Hjh. Rasidah bt. Abd. Mohid.Bacaan doa di baca oleh Ustaz Ahmad Azrin b. Ghazali.Seterusnya Penanaman anak pokok sebagai simbolik pada pelancaran nilam kali ini.Terima kasih semua kepada yang menjayakan program NILAM buat tahun ini. Selaku GPM,Pn Nooraida bt. Hj. Hussin mengharapkan program Nilam berjalan dengan lancar dan jayanya.Amin.

Kwifi KPerak komuniti WI_FI 2011





Pada 2 hingga 3 April 2011 berlangsungnya program Kwifi KPerak Komuniti WI-FI selama 2 hari.Bertempat di Esplanade Lumut.Seramai 4 pelajar mewakili sekolah dalam T-Score.Antaranya pelajar yng terlibat adalah adik Muhammad Adid,Mior Muaz,Maisarah dan adik Naili Arinah selaku wakil daripada Sk Batu Sepuluh,Lekir.Alhamdulilah Adik Muhammad Adib b. Mokhali layak ke peringkat akhir pada hari ke 2.Tahniah pada semua yang berjaya dan semua yang terlibat.Terima kasih pada cikgu Farah Nizah selaku guru ICT yang banyak membantu.Terima kasih buat semua.Semoga tahun hadapan mungkin rezki menyebelahi buat anak didik kita.Amin.

Sunday, October 3, 2010

KHIDMAT BANTU MAKMAL ICT SKBS






Khidmat Bantu Makmal ICT telah diadakan selama 2 hari bermula 29 September hingga 30 September 2010.Bertempat di makmal ict SKBS.Sekolah yang terlibat dalam memberi khidmat bantu ini adalah SK Sungai Tiram,SK Lekir,SMK Batu Sepuluh dan SMK Maahad.Beberapa penambahbaikan dilakukan terutama menwujudkan blog sekolah dapat dimurnikan lagi.Puan Farah Nizah selaku GPB mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala khidmat yang diberikan kepada semua GPB dan FT yang terlibat.Terima kasih semua.

Thursday, September 16, 2010

SAMBUTAN IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH 2010










Sambutan majlis ihya ramadhan telah diadakan pada 02 september 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431h(khamis).Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menjayakan program tersebut.Antaranya tulisan khat,mewarna,melukis poster,kuiz,hafazan,tazkirah,ramadhan FM dan sebagainya.Terima kasih buat semua warga SKBS kerana berjaya melaksanakan program sebegini dengan meriahnya.Selamat menyambut hari raya Aidilfitri,maaf zahir batin.

sambutan hari kemerdekaan kali ke 53








Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 peringkat sekolah di adakan pada 30 Ogos 2010(Isnin).
Bertemakan "1Malaysia,Menjana Transformasi".Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.Antaranya nyanyian lagu patriotik,sajak,kuiz,poster,mewarna,hiasan kelas,ciptaan kad ucapan tercantik,dan bermacam lagi.Ucapan terima kasih buat semua yang telah menjayakan program tersebut.Komitmen anda kejayaan kita bersama.Selamat Hari Merdeka.MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir