I made this widget at MyFlashFetish.com.

VIDEO PROMOSI PSS SK BATU SEPULUH, LEKIR.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2013

Sunday, February 19, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H




     Pada tanggal 17 Februari 2012(Jumaat) bersamaan 24 Rabiul Awal 1433H telah berlangsungnya sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah .Bertempat di perkarangan sekolah dan Dewan SKBS.Bermula jam 7.40 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

     Majlis di mulai dengan perarakan pelajar bersama guru di hadapan pintu pagar sekolah,sambil berselawat beramai-ramai.Bacaan doa,ucapan Guru Besar dan seterusnya ceramah yang di sampaikan oleh al fadil ustaz Ismail b. Abdul Rahman.

     Aktiviti pertandingan sepanduk maulidul rasul,kuiz,mewarna murid tahap 1 dan tulisan khat murid tahap 2 berlangsung di dalam dewan dan kelas.Penyampaian hadiah bagi pemenang mengakhiri majlis.

     Terima kasih buat semua warga SKBS dalam menjayakan majlis ini.Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah s.w.t.

Wednesday, February 15, 2012

SEPAK TAKRAW PERSAHABATAN





 Pada 15 Februari 2012,jam 4.15 petang bertempat di gelanggang sepaktakraw SKBS berlangsungnya perlawanan persahabatan.Antara sekolah yang terlibat,Sekolah Kebangsaan batu Sepuluh Lekir selaku tuan rumah,SK Sungai Tiram dan SK Wan Mat Saman Pasir Panjang.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi sokongan padu dan semangat buat pasukan sekolah.Semoga bertambah maju sukan sepaktakraw kita.


Wednesday, January 18, 2012

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER



MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012



     Mesyuarat Guru kali pertama telah diadakan pada hari Rabu, 27 Disember 2011.Bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.Bertempat di Pusat Sumber Sekolah.Dipengerusikan oleh tuan Guru Besar ,encik Zainal Abidin B. Ahmad.
      Semoga kerjasama guru dan pihak Pibg diharap dapat meningkatkan kecemerlangan SKBS ke arah sekolah berprestasi tinggi menjelang 2015 seiring dengan  visi dan misi sekolah.

Saturday, September 10, 2011

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA 2011





      Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011,berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni.Pada 09 September 2011 bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari,bertempat di kelas masing-masing

     Budaya bermaafan dan budaya saling kunjung mengunjungi dapat memupuk semangat kekitaan dan ukhuwah yang terjalin bertambah erat.

    Bagi pihak warga SKBS mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dan "MAAF ZAHIR BATIN" buat seluruh muslimin muslimat semua.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir